Entah Jadi Entahkan Tidak ft Sheila Majid
Saya amat menggemari lagu ini. Selain daripada melodinya yang mudah, liriknya juga sangat senang diikut. Sheila menyanyikan lagi ini dengan gayanya yang tersendiri. Lagu tradisional ini diberikan sentuhan jazz dengan baik.
Seloka Cak Kun Cak ft M.Nasir
Kali pertama mendengar lagu ini saya sudah tertarik mendengar melodinya. Temponya agak pantas dan mendengar seorang yang sudah berumur seperti SM Salim menyanyikan lagu ini amat mengkagumkan. Liriknya juga memang bermakna yang mendalam. Itu cara M.Nasir.
Biarku Pergi ft Datuk Sharifah Aini
Apabila Sharifah Aini dan SM Salim bergabung tenaga menyanyikan sebuah lagu asli hasilnya tentu baik. Jenis lagu asli yang mendayu-dayu memang sesuai dengan vokal Biduanita Negara tersebut.
Assalamualaikum ft Raihan
Keharmonian vokal mereka nyata cemerlang. Tanpa alat muzik yang banyak, lagu nasyid ini berada di kelasnya yang tersendiri. Tidak sukar untuk menyanyikan sebuah lagu nasyid tambahan pula berduet dengan pakar lagu nasyid. Yang nyata vokal mereka amat harmoni.
Inang Si Anak Dagang ft Rosiah Chik
Lagu inang ini bernada tinggi. Namun demikian faktor umur tidak menjadi penghalang untuk mereka menyanyikan lagu ini. Kedua-dua mereka memang pakar dalam menyanyikan lagu Asli.
Putih Tetap Putih ft Zainal Abidin
Saya mengharapkan gadingan ini menyanyikan sebuah lagu seperti lagu Satu yang pernah memenangi anugerah Lagu Terbaik AIM. Sentuhan world music tiada dalam lagu ini. Oleh itu originaliti Zainalabidin hilang dalam lagu ini.
Selapis Kasih Sedulang Rindu ft Ramli Sarip
Irama ghazal moden yang digabungkan dengan vokal Ramli Sarip memang terbaik. Suara mereka amat sesuai mendendangkan lagu sedemikian.
Bukit Kepong ft Ghazal Remaja Johor
Paling menarik adalah lagu ini. Ia merupakan gabungan SM Salim bersama “cucu-cucu”nya. Kebolehan mereka berghazal amat baik. Sebagai generasi pelapis, kelebihan yang ada dipergunakan untuk generasi masa depan.
Sama Rasa ft Amy
Tradisional dan rock? Inilah hasilnya. Dulu-dulu kita pernah mendengar Ella menyanyikan lagu Jauh Di Mata. Lagu ini kena dengan vokal SM Salim mahu pun Amy. Suara nyaring Amy dipergunakan sepenuhnya untuk lagu ini tetapi beliau berjaya mengimbanginya dengan range vokal SM Salim. Elemen rock yang digabungkan di dalam lagu tradisional ini dibuat dengan baik dan tidak terlalu terserlah unsur rocknya.
Bergending Dang Gong ft Siti Nurhaliza
Mereka khabarnya merakamkan lagu ini pada waktu yang berbeza. Oleh itu kedengaran lagu ini seperti tidak masuk dengan range vokal masing-masing. Tiada keserarian di dalam lagu ini. Namun begitu, secara keseluruhan melodi lagu ini amat menarik dan agak catchy.
Album ini adalah hadiah Tan Sri SM Salim buat semua generasi agar mereka dapat mendekati irama Melayu Asli supaya tidak terus hilang di telan zaman. Album ini sebagai bukti yang irama Melayu Asli tidak pernah pupus malah boleh digayakan untuk disesuaikan dengan zaman sekarang.
SM Salim - Sekarang Dah Jadi [Full Album]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment